** SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SEK MEN KEB SERI HARTAMAS, KUALA LUMPUR**

MAKLUMAT
Lokasi
Misi, Visi & FPN
Piagam
Ikrar
Lirik Lagu
Kalendar
Takwim
Analisa PMR & SPM
Galeri
Kemudahan Pelajar
PENTADBIRAN
Pengurusan Sekolah
Kurikulum
Hal Ehwal Murid
Kokurikulum
Peperiksaan
Pusat Sumber
PAUTAN
Kementerian Pelajaran Malaysia
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Portal Utusan Malaysia
Portal Berita Harian
mySchoolNet
IPTA & IPTS

 

 

Prakata

 

 


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Firman Allah mafhumnya:

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (155). (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali (156). Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmatNya, dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk hidayahNya (157). (al-Baqarah:155-157).

Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana diberi kesempatan untuk meneruskan tugas dan tanggungjawab bersama sekali lagi. Tahun 2008 menjelang tiba dan sudah tentu tugas serta tanggungjawab kita bertambah lagi. dalam tahun 2007, banyak kejayan telah kita perolehi sama ada dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Kemajuan teknologi maklumat telah menjadikan dunia ini tanpa sempadan dan sempit. Maklumat dapat disampaikan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan pantas melalui Internet dan Laman Web dibina oleh pihak tertentu untuk menyebarkan maklumat dan informasi disamping untuk memperkenalkan organisasi dan operasi perniagaan mereka kepada umum.

Perkembangan dan kemajuan sebegini sedikit sebanyak telah memberi tempias kepada sekolah-sekolah untuk mewujudkan Laman Web sendiri. Dengan adanya Laman Web sendiri, ia akan melancarkan urusan pentadbiran pihak sekolah di samping dapat memperkenalkan sekolah kepada masyarakat dengan lebih mendalam lagi.

Insya Alah saya mewakili warga SMK Seri Hartamas, Kuala Lumput akan memberi sokongan yang padu atas usaha murni ini. Semoga dengan adanya Laman Web ini, ia akan memberi lebih banyak manfaat kepada kita pada masa-masa akan datang.

Sekian terima kasih,

"GEMILANG DAN TERBILANG"

Cik Hajah Kamariah Bt Abu,
Pengetua,
Sek Men Seri Hartamas,
Kuala Lumpur.

 

Laman ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer 6.x dengan resolusi 800 x 600 pixel.

Copyright © Reserved SMKSH 2008

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas,
Jalan 48/70A, Desa Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2300 4311 Fax: 03-2300 4312 Email: pengetuasmksh@yahoo.com

PENAFIAN :
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.