|
SMKSH telah ditubuhkan pada Disember 1992 bermula dengan 109 orang pelajar, empat kelas dan 13 orang guru. Pada masa penubuhannya,bangunan sekolah yang sepatutunya didirikan untuk sekolah rendah di Taman Sri Hartamas digunakan. Kumpulan pertama pelajar mengambil peperiksaan SPM pada tahun 1997. SMKSH telah berpindah ke bangunan baru di Desa Sri Hartamas mulai November 1999.
Sekolah menengah yang terdekat dengan SMKSH adalah SMK Kiaramas dan Sekolah rendah yang terdekat adalah SK Seri Hartamas dan SK Kiaramas. Keluasan SMKSH adalah kira-kira 5.12 hektar.
Pada tahun 2008, sekolah ini mempunyai seramai 1318 orang pelajar, 69 orang guru, dan 9 orang staf sokongan. Jumlah Kelas di SMKSH adalah 35 buah kelas. Sekolah ini dikategorikan dalam gred B.
Sekolah ini menerima kedua-dua jenis pelajar lelaki dan perempuan dan sesi persekolahan yang dijalankan adalah pada waktu pagi sahaja.
|