Selamat Datang ke Laman Web Sakinah Travel & Tours Sdn Bhd (KKKP NO : 1494 (174050-D))..Teman Perjalanan Anda ke Tanah Suci...  
Informasi

Pengenalan
Carta Organisasi
Alamat Pejabat
Tempat Kursus Haji
Wakil / Agen
Album
Soal Jawab

Pakej Haji
Pakej Haji 2006
Pakej Haji VIP
Pakej Khas Muasasah
Syarat-Syarat

Pakej Umrah

Pendaftaran
Syarat Mohon Visa
Pakej Bulan Ogos
Pakej Ramadhan
Sebulan Ramadhan

Pakej Ziarah
12H Mesir/Jordan /Syria

ALHAMDULILLAH...Bersyukur kepada ALLAH SWT dan ucapan terima kasih juga kepada pihak Lembaga Tabung Haji yang telah mengurniakan SAKINAH TRAVEL lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi Musim Haji 1426H/2006M.

Berkat doa daripada para jemaah sekalian akhirnya permohonan syarikat untuk mendapatkan Lesen Pengelola Jemaah Haji bagi membimbing para jemaah ke Tanah suci akhirnya dimakbulkan oleh Allah SWT jua.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pihak Lembaga Tabung Haji atas kepercayaan dan bantuan sehingga permohonan lesen haji Sakianh Travel telah diluluskan

Berbekalkan pengalaman 25 tahun serta dibantu oleh para ustaz-ustaz, pembimbing dan pegawai yang peramah lagi berpengalaman kami sentiasa berusaha sedaya upaya untuk memastikan para jemaah mendapat bimbingan sepanjang perjalanan sesempurna yang mungkin mengikut Sunnah Rasulullah SAW hingga tercapailah HAJI MABRUR, Insya Allah.

Walaupun inilah julung kalinya syarikat kami membimbing para jemaah sebagai Pengelola Jemaah Haji sendiri , tetapi sebelum ini kami telah berkecimpung dalam perkhidmatan ini selama 4 tahun bekerja sama dengan syarikat yang telah diluluskan lesen pengelola jemaah haji oleh Tabung Haji.

Syarikat kami pernah membimbing seramai 730 orang jemaah haji pada tahun 2003 dan pada tahun lepas seramai 540 jemaah haji telah pergi bersama syarikat kami dengan kerjasama syarikat yang diluluskan lesen haji.

Bebekalkan motto " Kesempurnaan Ibadah Matlamat Kami ", kami cuba sedaya upaya untuk membimbing para jemaah untuk menunaikan Ibadah Umrah di Tanah Suci Makkatul Mukarramah dan juga di Madinatul Munawarrah sebaik yang mungkin.

Kami mempelawa para jemaah sekalian bersama-sama kami dalam pakej umrah bulan Ogos, September dan juga pakej umrah menyambut Ramadhan, Awal Ramadhan & Akhir Ramadhan dan juga pakej menyambut hari raya di Tanah Suci. Maklumat lanjut tentang harga dan sebagainya bolehlah melayari laman web kami


Makluman

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN PAKEJ HAJI 1426H/2006 IALAH PADA 30 OGOS 2005.
MANA-MANA JEMAAH HAJI YANG INGIN MENUNAIKAN HAJI MELALUI PAKEJ HAJI SAKINAH TRAVEL DIKEHENDAKI MENGHANTAR BORANG PENDAFTARAN HAJI SEBELUM 30 OGOS 2005

Link

Al Ahkam Online
Ummah Online


WebMaster 

© 2005 SAKINAH TRAVEL & TOURS SDN BHD.
E-mel : sakinahtravel@yahoo.com atau Webmaster : sttsb@streamyx.com
Kemaskini Terakhir Pada : 2 Ogos 2005 @ 26 Jamadil Akhir 1426H @ 6.30 PM

Ibu Pejabat : 6-2,Tkt. 1, Bangunan MAIS, Jalan 14/22, Sek. 14, 46100 Petaling Jaya Selangor
Tel : 603-7955 4485 Fax : 603-7955 4489
Cawangan : No.5, Kompleks Pembangunan Ummah, Masjid Sultanah Bahiyah, 05350 Alor Setar, Kedah
Tel : 604-731 5380 Fax : 604-731 5324