::::Welcome To Reckless Motorsport Official Website::::
 
Reckless Motorsport telah ditubuhkan pada tahun 2001. Berbekalkan semangat perpaduan antara ahli, kelab kami mempunyai lebih kurang 50 ahli di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.
 
Walaupun majoriti ahli kelab ini merupakan pemilik Proton Satria tetapi itu bukanlah syarat utama untuk menyertai kelab kami dan untuk pengetahuan anda semua ada juga ahli yang memandu kenderaan lain.
 
                 Kami bergiat aktif dalam semua pertunjukan kenderaan yang telah diubahsuai, pertandingan autoshow dan pertandingan audio di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Walaupun bukan semua kenderaan yang mengambil bahagian, biasanya kami semua tetap turun padang untuk memberi sokongan moral kepada ahli-ahli yang mengambil bahagian.
 
Setiap minggu kami akan mengadakan perjumpaan sesama ahli untuk mengeratkan silaturahim. Perjumpaan akan diadakan biasanya pada hari Ahad dimana hari tersebut dipanggil Hari Bersantai Bersama Keluarga.
 
“Official Meeting” juga diadakan setiap minggu pertama setiap bulan. Ini adalah untuk membincangkan hal hal yang berkaitan dengan kelab dan aktiviti aktiviti  yang bakal dijalankan.
 
Sebarang keraguan dan pertanyaan, jangan segan silu untuk menghubungi kami.
 
 
 
Copyright 2008. All Right Reserved. Baung@recklessmotorsport.cjb.net
Reckless Motorsport
Reckless Motorsport

Search Engine Optimization
You are visitor
no:
Users Online [ Stats ]
Web Page Maker, Make your own web page