Pusat Kokurikulum Melaka ditubuhkan pada tahun 1996 di atas tapak bekas Sekolah Kebangsaan Lanchang yang telah ditutup pada 1988. Pusat ini asalnya cuma mempunyai satu blok bilik darjah separuh kekal, kantin serta tandas. Ia telah digunakan sebagai tapak perkhemahan untuk badan berunifom sekolah–sekolah Negeri Melaka. Kawasan persekitaran sekolah yang dipenuhi dengan semak dan belukar telah dirintis dan dijadikan sebagai tempat perkhemahan dan latihan yang bersesuaian dengan suasana perkhemahan.
Bersesuaian dengan lokasi dan persekitarannya yang separa semulajadi, Pusat Kokurikulum ini telah dibaikpulih dan dinaiktaraf dari masa ke semasa. Pada 26 April 2000, Pusat Kokurikulum Melaka telah dibuka dengan rasminya oleh Pengarah Pelajaran Melaka pada masa itu, Tuan Haji Sairi bin Haji Tahir. |