GATE
jpmLOGO
 

JABATAN PELAJARAN MELAKA

TEL: 06-2636326 FAKS: 06-2636316


 
 
LOKASI

Pusat Kokurikulum Melaka terletak dalam Daerah Jasin (lot 2643)  di Kampung Lanchang, Merlimau. PKKM mempunyai keluasan sebanyak 7 ekar 32 pole dan dikelilingi dengan kawasan ladang kelapa sawit dan kawasan perkampungan.

Jaraknya lebih kurang 41.8 km dari Bandar Melaka, 19 km dari bandar Jasin  dan 13 km dari bandar  Merlimau. Berhampiran kawasan Pusat Kokurikulum Melaka ini terdapat pertemuan Sg. Lanchang dan parit F/N, Sungai Kesang yang dijadikan tempat menjalankan aktiviti air. 

Pihak Jabatan Pelajaran Melaka telah memohon tanah milik Felcra (Kerajaan Negeri) seluas 10 ekar bersebelahan pusat untuk dijadikan kawasan tambahan bagi meluas dan mempelbagaikan lagi aktiviti berteraskan pendidikan luar pada tahun 2002. Pada 22.10.2004, Kelulusan Permohonan Tanah Kerajaan PT 2921 seluas 6.55 ekar, tersebut telah diperolehi. Kini, PKKM adalah dalam proses penyusunan pelan kawasan supaya lebih banyak kemudahan dapat diadakan dan aktiviti dijalankan

 


LOKASI KEM

(Klik gambar bagi Muat Turun))