|




|
Pengenalan Pokok Karas
- Aquilaria spp. adalah pokok dalam
family Thymelaecae.
- Pokok yang telah matang akan membesar
sehingga 40 meter tinggi dan berdiameter 40cm.
- Pokok Karas di hutan semulajadi mula
mengeluarkan resin gaharu pada usia 20 hingga 45 tahun, bergantung pada
ketahanan pokok dan tindakbalas kecederaan pokok.
- Terdapat 15 spesis dari genus Aquilaria
mempunyai nilai komersil yang tinggi. Malaysia sendiri mempunyai 5 spesis
yang amat berkualiti iaitu Aquilaria Hirta, A. Malaccencis, A. Beccariana,
A. Rostrata dan A. Microcarpa.
- Hidup di kawasan tanah pamah sehingga
ketinggian 750 m dari aras laut, dan memerlukan taburan hujan dan
kelembapan yang tinggi.
- Pokok Karas merupakan spesis di bawah
CITES Appendix II, merupakan spesis terancam kerana kepupusan populasinya.
- Gaharu digunakan dalam industri minyak
wangi, produk perubatan, perubatan Ayurvedic, majlis keagaamaan dan
sebagainya.
Senario di dalam Industri Gaharu
- Permintaan untuk gaharu semakin tinggi
walaupun pengeluaran semakin berkurangan, menyebabkan harganya semakin
meningkat setiap tahun.
- Kebanyakan gaharu dieksport kepada
pemborong-pemborong di Singapura, Timur Tengah, Hongkong dan Taiwan.
- Harganya boleh mencecah sehingga RM 14 -
18 ribu sekilogram untuk gred Double Super. Malahan, harga pasaran
untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu sehingga RM45 ribu / kg. (kaedah
penggredan kualiti kayu dan minyak masih belum dipiawaiankan dan bergantung
kepada penjual dan pembeli).
- Asia Tenggara mengeksport gaharu bernilai
RM48.3 million ke Arab Saudi dan bekalan hanya memenuhi 20% daripada
permintaan pasaran.(sumber: TRAFFIC International 2002)
- Buat masa ini, kebanyakkan gaharu
dikeluarkan daripada hasil hutan dan amat terhad. Tanpa penanaman semula,
spesis ini akan terus diancam kepupusan disebabkan aktiviti pengambilan
gaharu
- Penanaman gaharu di Malaysia masih baru
dan belum popular, tetapi di negara lain seperti Indonesia, Thailand dan
Kemboja sudah lama diusahakan. Malah ia mendapat sokongan yang amat kuat
daripada pihak agensi kerajaan mereka dari segi modal dan teknologi.
Penggalakan Penanaman Gaharu Secara
Ladang
- Penanaman pokok karas sesuai dijalankan di
- 1. Tanah terbiar
- 2. Kawasan rezab
hutan simpan
- 3. kawasan
pembalakan yang telah diterokai.
- 4. Dijalankan
secara pertanian hutan ladang dan diintergrasikan dengan pelbagai tanaman
lain seperti herba dan tanaman komoditi.
- Dapat menjana hasil ekonomi masyarakat
setempat dan negara dalam bentuk eksport.
- Dapat menghijaukan bumi dan megurangkan
pencerobohan kawasan hutan
Anggaran Kos Permulaan Penanaman (Kelantan) bagi Seekar Tanah
|
Bil
|
Perkara
|
Kos (RM)
|
|
1
|
Membersih tanah
|
500.00
|
|
2
|
Anak Pokok 10 Bulan (RM5.00 x 430 pokok)
|
2150.00
|
|
3
|
Baja C.I.R.P (RM0.50 x 430 ketul)
|
215.00
|
|
4
|
Kos penanaman (RM1.00 x 430 pokok)
|
430.00
|
|
5
|
Sistem siraman (anggaran polypaip untuk seekar)
|
3500.00
|
|
6
|
Kayu penegak / buluh (RM0.50 x 430 batang)
|
215.00
|
| |
JUMLAH
|
7,010.00
|
Anggaran Kos untuk 7 tahun Seekar Tanah
|
Bil
|
Perkara
|
Kos (RM)
|
|
1
|
Kos penanaman awal
|
7,010.00
|
|
2
|
Pembajaan C.I.R.P (3 x 3 tahun x RM0.50 x 430 pokok)
|
1,935.00
|
|
3
|
Penjagaan / pembersihan kawasan (RM 200 x 7 tahun)
|
1,400.00
|
|
4
|
Kos suntikan/ inducement pada tahun ke - 5 (RM50 x 430 pokok)
|
21,500.00
|
|
5
|
Kos penebangan pokok dan kutipan hasil
|
3,500.00
|
|
6
|
Lain-lain kos (pagar / jagaan dsbnya)
|
5000.00
|
| |
JUMLAH
|
41,345.00
|
GAHARU – Anggaran Hasil
|