|
Cipta
Semula Diri Anda
Ramai
orang yang menyertai jualan langsung tidak "mencipta semula
diri mereka". Apakah maksudnya?
Manusia
mempunyai pelbagai ragam dan salah satu ragam itu ialah
ego di dalam diri. Mereka percaya bahawa hanya mereka sahaja
yang baik atau betul. Mereka tidak mahu menerima teguran
atau tunjuk ajar. Dalam MLM, anda mesti membuang ego anda.
Anda mesti bersedia menerimateguran dan tunjuk ajar biar
pun yang memberikan teguran atau tunjuk ajar itu adalah
orang yang lebih muda daripada anda. Inilah yang dikatakan
"cipta semula (recreate)".
Jangan
tutup hati dan telinga anda daripada menerima sesuatu yang
baik demi memajukan perniagaan anda. Anggapan bahawa anda
lebih pandai atau sudah pandai perlu anda kikis. Anda mesti
bersedia diberi tunjuk ajar dan bersedia untuk belajar.
Ilmu perniagaan ini tidak terbatas. Anda mungkin tidak mengetahui
semua perkara mengenai MLM tetapi orang yang memberi anda
tunjuk ajar itu mempunyai pengetahuan tentang perkara yang
tidak anda ketahui. Anda mesti bersedia untuk terus belajar.
Ilmu perniagaan jualan langsung yang anda pelajari hari
ini tidak akan relevan lagi pada 4-5 tahun akan datang.
Jadi, anda mesti memperuntukkan masa pada setiap hari untuk
belajar ilmu perniagaan MLM yang baru sama ada melalui pergaulan
dengan orang lain, seminar, rally, konvensyen, atau membacanya
daripada buku-buku dan majalah yang berkaitan.
Anda
juga jangan kedekut mengajar orang lain, khususnya pengedar
baru yang menjadi downline anda. Anda mesti mencurahkan
segala pengetahuan yang ada pada anda untuk mereka. Jika
mereka berjaya menyerap segala pengetahuan anda dan mempraktikkannya,
anda akan lebih segera berjaya. Downline anda bukan ditaja
untuk ditinggalkan tetapi sangat dahaga akan tunjuk ajar
anda. Ajarlah mereka agar mereka berjaya juga. Mereka berjaya,
anda berjaya juga.
Anda
jangan sekali-kali percaya bahawa hanya syarikat MLM tertentu
sahaja yang akan menjanjikan kejayaan mutlak. Semua syarikat
MLM adalah sama. Walaupun pelan pemasarannya berbeza tetapi
matlamatnya adalah sama. Kejayaan bukan terletak pada apa
nama syarikat MLM itu tetapi kejayaan terletak pada apa
yang anda lakukan. Satu perkara yang mesti anda ingat sentiasa
dan mesti anda hebahkan kepada downline anda ialah Perniagaan
MLM menjanjikan kekayaan tetapi bukan menjadi asas untuk
cepat kaya.
Menjadi
kaya dan menjadi cepat kaya adalah berbeza. Menjadi kaya
adalah benar tetapi menjadi cepat kaya adalah hampir mustahil.
Tidak ada sesiapa pun yang telah menjadi cepat kaya dalam
industri ini. Yang ada hanyalah yang menjadi kaya setelah
bertahun-tahun menjadi pengedar.
Sebagai
perbandingan dan contoh, Puan Saadah Badrus yang menjadi
pengedar REVELL dan kini dianggap sebagai salah seorang
jutawan dalam industri ini di Malaysia hanya menjadi kaya
setelah 4 tahun bersama syarikat ini setelah gagal mencapai
impian beliau bersama 13 buah syarikat MLM lain sebelumnya.
Jangan
percaya juga jika ada orang yang berkata: Jika ingin berjaya,
tajalah prospek sebanyak mungkin. Anggapan ini adalah songsang.
Tidak ada gunanya, anda menaja sehingga beratus-ratus orang
ahli baru, tetapi mereka tidak aktif atau anda sendiri tidak
mempunyai masa yang banyak untuk menunjuk ajar mereka.
Yang
penting dan yang menjanjikan kejayaan dalam perniagaan ini
ialah organisasi yang kuat dan aktif biar pun dianggotai
hanya oleh puluhan orang sahaja. Mungkin anda masih ingat
akan kata-kata hikmat Soekarno : Berikan aku tujuh orang
pemuda, nescaya gunung akan aku ratakan. Ini bererti kuantiti
ahli bukan prasyarat untuk berjaya. Kejayaan dalam perniagaan
ini bergantung sepenuhnya pada kualiti yang ada pada ahli.
Seperti Soekarno, beliau meminta 7 orang pemuda, bukannya
700 orang tua!
Jika
selama ini anda tergolong di kalangan orang yang tidak suka
bergaul dengan orang lain, maka anda haruslah mengubah sikap
ini. Dalam MLM,anda mesti bergaul dengan orang lain. Dengan
bergaul, anda boleh membuat jualan, membuat penajaan, dan
yang terpenting, anda akan memperoleh pengetahuan baru untuk
memajukan perniagaan anda.
Masalah
adalah asam garam dalam MLM. Semua pengedar MLM ada masalah.
Tetapi, anda MESTI menganggap masalah itu sebagai cabaran.
Seperti masalah yang mesti diatasi, cabaran juga mesti anda
harungi. Setelah cabaran itu dapat anda atasi, maka di hadapan
akan terbentang jalan lurus menuju kejayaan. Orang yang
takut menghadapi cabaran tidak akan berjaya. Jangan berumah
di tepi pantai jika anda takut akan ombak yang melanda.
Jangan berniaga, jika anda takut rugi atau gagal.
Sebenarnya,
perniagaan MLM ini perniagaan tanpa risiko. Jika anda rugi
pun, anda hanya rugi sedikit. Jadi, apa yang mesti anda
takutkan? Anda bukan berniaga bermodalkan ribuan ringgit.
Anda hanya bermodalkan tidak pun sampai RM100 semasa anda
menerima starter kit anda. Ramai pengedar yang saya temui
sering berkata bahawa mereka takut menjual dan menaja. Saya
sendiri tidak faham akan apa yang ditakuti oleh mereka.Mereka
takut kalau-kalau bakal pelanggan mereka enggan membeli
barangan mereka sedangkan mereka belum pun memperkenalkan
barangan itu. Jika sudah pasti, bakal pelanggan menolak
barangan itu, itu hanyalah dia seorang sedangkan di negara
ini, terdapat jutaan penduduk. Seperti kata basahan, belum
cuba belum tahu.
Jika
anda takut, anda mesti menghapuskan perasaan takut itu dengan
menemui paling kurang 10 orang pelanggan setiap hari. Saya
jamin bahawasetelah anda menemui seorang pelanggan yang
mahu membeli barangan anda, perasaan takut itu akan bertukar
menjadi seronok. Kadang-kadang,ada orang yang takut menghampiri
rumah kosong kerana sudah ada perasaan takut sebelum memasuki
rumah itu. Orang begini perlu masuk sekali saja ke dalam
rumah kosong itu, nescaya akan hilanglah perasaan takutnya
terhadap rumah itu. Anda hanya perlu menemui seorang pelanggan
atau seorang prospek baru sahaja untuk menghapuskan perasaan
takut yang tidak berasas itu.
Terdapat
beberapa andaian awal yang negatif yang sentiasa bermain-main
dalam fikiran pengedar baru, iaitu:
·
Menjual barangan MLM adalah sukar
·
Belum tentu prospek ingin menjadi ahli
·
Leceh membuat susulan selepas jualan pertama (servis pelanggan)
·
Tidak ada masa lapang untuk berniaga
·
Sudah ramai pengedar dalam syarikat MLM ini
·
Mampukah saya memimpin downline saya?
·
Jualan Minima Bulanan (maintain) amat tinggi
·
Masuk jualan langsung untuk memperkaya upline
Menjual
Barangan MLM
Adalah
silap jika anda beranggapan bahawa menjual barangan edaran
anda, anda mesti pergi dari sebuah rumah ke sebuah rumah
sambil mengetuk pintu rumah pelanggan. Anda tidak perlu
berbuat demikian. Anda perlu membuat jualan kepada diri
anda dahulu. Anda mesti mencuba barangan itu untuk menikmati
keberkesanannya. Jika anda tidak menggunakannya (menjual
kepada diri anda), bagaimana anda hendak menerangkan kebaikan
produk anda kepada pelanggan anda? Setelah anda telah mengetahui
kebaikan produk itu sendiri, perkenalkanlah (to intoduce)
(BUKAN MENJUAL!) atau berkongsilah (to sharing) kepada orang
yang paling rapat dengan anda seperti adik-beradik anda
dan kawan rapat anda.
Percayalah,
jika bilangan mereka 10 orang, anda akan secara automatik
akan mendapat 10 orang pelanggan baru kelak kerana sudah
menjadi resam manusia, seorang manusia akan mempunyai kenalan
yang lain. Dengan ini, pelanggan anda akan bercambah tanpa
anda sedari sedangkan anda hanya memperkenalkan barangan
anda hanya kepada orang yang paling rapat dengan anda.
Anda
janganlah cuba menjadi supersalesman dengan pergi dari pintu
ke pintu kerana saya percaya sebagai manusia, kita tidak
ada kudrat seperti itu.
Membuat
Tajaan
Jangan
memulakan penajaan terhadap orang yang belum anda kenali
melainkan prospek itu ialah orang yang dikenali betul oleh
downline anda. Anda harus meneliti kesungguhan prospek itu
sebelum anda menawarkan starter kit kepada mereka. Prospek
yang berbakat dan berkualiti dapat anda kenali melalui masa
anda membuat pembentangan tentang peluang perniagaan ini.
Lazimnya, mereka yang berbakat dan berkualiti ialah yang
sentiasa menumpukan perhatian pada pembentangan/demonstrasi
yang anda lakukan dan sentiasa pula mengemukakan soalan-soalan
yang baik.
Satu
jalan mudah untuk membuat penajaan adalah kepada orang yang
rapat dengan anda yang telah pun merasai kebaikan produk
yang anda perkenalkan itu. Katakan secara lembut (slow-talk)
kepada mereka bahawa jika mereka menjadi pengedar produk
itu, mereka akan mendapat sekurang-kurangnya 2 faedah, iaitu
mereka dapat membeli produk itu mengikut harga pengedar
(biasanya terdapat diskaun 25% bagi setiap produk) yang
lebih menjimatkan dan mereka akan mendapat perniagaan sendiri
untuk meraih pendapatan sampingan setiap bulan.
Jika
syarikat MLM memperuntukkan pengumpulan kopun, mereka akan
mendapat peluang untuk memiliki barangan lain yang tidak
terdapat dalam senarai produk syarikat secara percuma apabila
jumlah kopun yang dikumpul oleh mereka mencukupi untuk melayakkan
mereka menerima hadiah.
Seperti
menjual (memperkenalkan) di atas tadi, mereka juga akan
membuat penajaan kepada orang yang dikenali oleh mereka
setelah mereka menjadi pengedar. Saya percaya, daripada
10 orang yang menjadi pelanggan anda akan ada 4-5 orang
yang benar-benar berminat untuk menjadi pengedar.
Membuat
Servis
Ramai
pengedar beranggapan bahawa servis tidak perlu bahkan suatu
perbuatan leceh. Pada anggapan mereka, pelanggan tidak memerlukan
servis. Servis amat perlu dalam MLM kerana servis umpama
iklan produk biasa yang biasa ke udara di televisyen atau
disiarkan di akhbar. Anda tidak boleh membuat iklan produk
dalam televisyen atau akhbar kerana salah dari segi Akta
Jualan Langsung.Jadi, servislah pengganti iklan. Dengan
servis, anda telah menunjukkan kesungguhan anda terhadap
perniagaan ini dan komitmen anda untuk membantu pelanggan
anda. Jika anda tidak membuat servis, anda tidak akan mengetahui
masalah yang dihadapi oleh pelanggan anda setelah menggunakan
produk itu. Jika produk itu mendatangkan masalah kepada
pelanggan anda dan anda tidak membuat servis, anda akan
dituduh tidak bertanggungjawab menjual/memperkenalkan produk
yang tidak berkualiti. Jika pula produk itu memberikan kebaikan
kepada pelanggan anda dan anda tidak membuat servis, anda
telah kehilangan peluang keemasan untuk memperkenalkan barangan
lain dalam senarai produk syarikat MLM anda.Jika anda memberikan
servis (susulan selepas membuat jualan), pelanggan anda
akan berasa dihargai dan akan mencari anda untuk membeli
produk yang sama pada masa hadapan setelah produk itu habis
digunakan. Jadi, servis bukan perbuatan yang leceh tetapi
suatu kaedah untuk menyemai perasaan saling mempercayai
antara anda dengan pelanggan anda.
Gunakan
servis untuk menjual lebih banyak barangan baru dalam senarai
barangan yang ada dalam syarikat MLM anda.
Anda
Tidak Ada Masa Lapang?
Semua
orang mempunyai masa yang sama - 24 jam, 4 minggu sebulan,
12 bulan setahun, atau 365 hari setahun. Pengedar yang telah
berjaya juga mempunyai masa yang sama. Pengedar yang mengatakan
bahawa mereka tidak ada masa lapang sebenarnya membuat andaian
salah. Jika anda bekerja dengan kerajaan, anda ada masa
lapang pada hujung minggu. Jika anda bekerja mengikut shif,
akan ada masa lapang sebelum tiba masa bekerja.
Peliknya,
pengedar yang berkata bahawa mereka tidak ada masa lapang,
masih ada masa menonton televisyen atau berjalan-jalan di
bandar pada hujung minggu. Sebenarnya, mereka hanya memberikan
alasan tidak logik. Anda mesti keluar daripada zon keselesaan
sekarang ini agar anda dapat masuk ke dalam zon keselesaan
itu sampai bila-bila. Maksudnya, anda mesti mengorbankan
masa rehat/masa lapang anda untuk beberapa tempoh dengan
membuat perniagaan MLM ini sungguh-sungguh kerana apabila
anda sudah berjaya kelak, anda akan masuk semula ke dalam
zon keselesaan ini.
Sebagai
pengedar sambilan, anda hanya perlu memperuntukkan lebih
kurang 1-2 jam yang berkualiti untuk perniagaan ini, bukannya
12 jam! Yang paling baik mencipta masa lapang adalah dengan
membuat jadual khusus perniagaan MLM ini. Binalah jadual
secara sistematik. Jika anda memperuntukkan masa antara
1 hingga 2 jam sehari untuk perniagaan ini, maka jangan
bazirkan masa itu dengan aktiviti yang tidak berfaedah.Bekerjalah
dengan bijak, bukan bekerja dengan kuat.
Ramai
Pengedar Dalam Syarikat MLM Ini
Ramai
pengedar merungut. Macam mana hendak menjual dan menaja
kerana sudah ramai pengedar dalam syarikat MLM ini? Memang
benar terlalu banyak pengedar dalam sesebuah syarikat MLM
tetapi bukan semua pengedar berdaftar yang benar-benar serius
melakukan perniagaan ini.
Hanya
5% sahaja yang bergiat aktif sementara selebihnya telah
"tidur". Jika anda pengedar yang masih aktif, ini peluang
anda untuk mendapatkan jualan dan tajaan yang sepatutnya
menjadi jualan dan tajaan pengedar yang "tidur" itu.
Penduduk
negara ini bertambah setiap hari dengan kelahiran bayi.
Ini bermakna pada setiap hari, anda mempunyai pelanggan
yang belum anda dekati. Ini bermakna pada setiap hari, beribu-ribu
orang penduduk Malaysia yang merayakan hari jadinya yang
ke-18 yang lazimnya had umur layak menjadi pengedar. Inilah
bakal prospek anda. Jika anda masih aktif, saya percaya,
anda akan dapat membuat jualan produk baru syarikat MLM
anda kerana kebanyakan syarikat MLM di negara ini telah
mengeluarkan barangan baru untuk memenuhi keperluan pelanggan.
Pelanggan
pengedar yang "tidur" kini menanti kedatangan anda. Jadi,
anda tidak harus melepaskan peluang itu. Ada pengedar yang
nombor kehliannya (ID Number) sekitar 6XXXXX telah pun mencapai
hirarki tertinggi mengatasi pengedar lama yang nombor Idnya
sekitar 4 hingga 5 angka. Saya berani memberikan jaminan
bahawa jika anda tidak mendapat seorang pun pelanggan setelah
anda berusaha memperkenalkan produk anda kepada mereka,
saya sendiri akan membeli produk anda.
Adalah
amat mustahil tidak ada seorang pun yang mahu membeli produk
anda setelah anda berusaha memperkenalkannya. Jangan jadikan
suatu alasan "Sudah banyak orang buat" sehingga anda tidak
mahu menjalankan perniagaan ini.
Mampukah
Saya Memimpin Downline Saya?
Perkataan
"memimpin" perlu anda tukar kepada "membantu". Ada boleh
membantu orang lain seperti anda membantu isteri di dapur,
membantu anak-anak menyelesaikan masalah kerja sekolah,
membantu orang tua melintas jalan, dan sebagainya. Ingatlah,
sebelum anda mampu membantu (memimpin), anda telah pun terlebih
dahulu dibantu (dipimpin) oleh upline anda. Tiru bagaimana
upline anda membantu anda dahulu. Itulah cara mudah untuk
membantu downline anda.
Dalam
MLM ini, tiru-meniru kaedah adalah tidak salah. Dengan pengetahuan
yang anda pelajari daripada upline anda, anda gunakanlah
untuk membantu downline anda.Seringlah menghubungi mereka
dengan bertanyakan soalan :
"Apa
yang boleh saya bantu?", "Di mana kita hendak pergi hari
ini/esok?", "Ada apa-apa masalahkah semasa membuat jualan/tajaan?",
dan
pelbagai pertanyaan yang menjurus kepada usaha untuk menghulurkan
bantuan. Jika anda masih kekurangan ilmu memimpin/membantu,
hadirilah seminar, mesyuarat mingguan/bulanan, rally, konvensyen
yang dianjurkan oleh syarikat, atau baca buku-buku kepimpinan
dalam perniagaan. Dengan penambahan ilmu itu, anda pasti
akan menjadi pemimpin MLM yang berwibawa.
Maintain
Bulanan Sangat Tinggi
Terdapat
syarikat MLM yang menetapkan jualan minimum bulanan yang
agak tinggi untuk melayakkan pengedar menerima bonus. Seperti
yang dinyatakan di atas, maintain bulanan itu bukanlah suatu
masalah jika anda berusaha untuk menjual produk anda kepada
pelanggan anda. 250 Point Value untuk anda layak menerima
bonus bukanlah besar jika anda membuat jualan. Jika anda
malas atau enggan membuat jualan, dengan syarikat MLM yang
menawarkan maintain bulanan terendah pun, anda masih tidak
akan layak untuk menerima bonus.
Saya
sendiri telah menyaksikan beberapa orang pengedar dalam
sebuah syarikat MLM tempatan yang maintainnya hanya RM30
(sekarang RM50) bukan berasaskan point value (PV), masih
gagal memperoleh bonus kerana mereka tidak melakukan jualan
hatta untuk membeli barangan bagi kegunaan peribadi mereka.
Jadi,
sama ada maintain bulanan syarikat itu tinggi atau rendah,
ini bukanlah penghalang kepada anda untuk terus menjalankan
perniagaan ini. Mengapa pengedar dalam sebuah syarikat MLM
beribu pejabat di Amerika yang maintainnya sekitar 250PV
(bersamaan lebih kurang RM400-500)masih dapat memperoleh
bonus mereka pada setiap bulan? Jawapannya ialah mereka
tetap melakukan jualan biar pun terdapat saingan.
Benarkah
Masuk Jualan Langsung Hanya Memperkaya Upline?
Perniagaan
MLM adalah perniagaan peribadi. Anda berniaga bukan untuk
upline anda. Jika anda bekerja dengan bersungguh-sungguh,
anda yang akan merasai hasilnya, bukannya upline anda. Mana-mana
upline yang menganggap bahawa setelah mereka menaja ramai
pengedar baru lalu mereka duduk goyang kaki, maka mereka
akan tersingkir. Terdapat syarikat jualan langsung di Malaysia
yang pelan pemasarannya membenarkan downline "memotong"
upline yang tidak berusaha sungguh-sungguh.
Jika
upline anda menerima bonus yang lumayan dan mereka masih
berusaha sungguh-sungguh, maka itu adalah adil kerana mereka
mendapat hasil daripada kesungguhan mereka. Saya telah menyaksikan
beberapa orang usahawan MLM yang menerima bonus dalam lingkungan
RM3,000 hingga RM5,000 sebulan telah kehilangan nikmat itu
setelah mereka sambil lewa melakukan perniagaan ini. Sebaliknya,
downline mereka pula yang menerima bonus dalam jumlah sebegitu.
Inilah keistimewaan MLM.Anda bukan bekerja untuk memperkaya
upline anda. MLM yang asli bukan Skim Cepat Kaya atau Skim
Piramid/Binary Scheme yang bertopengkan MLM. Dalam MLM Skim
Binari atau Piramid, upline boleh duduk goyang kaki sedangkan
downlinenya bertungkus-lumus bekerja. Hanya
Piramid Di Mesir Kukuh Berdiri Piramid Di Malaysia Semuanya
Roboh!
|