¤ Selamat Datang ke Laman Web Da'Bandwidth ¤


Sekiranya anda merujuk kepada 'Kamus Dewan', perkataan "Da'Bandwidth" pastinya tidak akan anda jumpa. Ini kerana perkataan "Da'Bandwidth" adalah sinonim kepada perkataan "The Bandwidth" yang juga tidak wujud dalam senarai bahasa melayu moden mahupun purba. Ini disebabkan oleh ianya berasal dari perkataan bahasa Inggeris yang membawa maksud kapasiti yang mampu dibawa oleh suatu laluan pada satu masa.

Namun, apalah yang ada pada nama. Ia sekadar panggilan. Walaubagaimanapun, kami suka dengan nama ini kerana pada kami ia membawa prestij dan sedap telinga mendengar mahupun hidung menghidu. Tambahan pula kami dahulunya yang lebih dikenali sebagai "6 Jahanam" perlu bertindak menukar gerangan sekaligus memberi laluan kepada tamadun manusia yang semakin moden dan mengubah tanggapan masyarakat serta mengelakkan dari pandangan serong kebanyakan pihak. Mudah-mudahan, InsyaAllah.



** Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768 **