|
Artmyas Portrait | Home | Artist Bio | Portfolio | Other Works | Links | Guest Book |
|
||||
|
Medium
|
TIP MELUKIS CARA SAYA Teknik 'Fat
Over Lean' Medium bagi cat minyak ialah minyak linseed (linseed oil). Minyak linseed ialah medium yang paling popular walaupun ada artis menggunakan medium lain. 'Fat' bermaksud warna yang diperkayakan dengan minyak linseed. 'Lean' ialah warna yang kurang dengan minyak linseed. Kelebihan teknik 'fat over lean' ialah untuk mengelak lukisan minyak retak (crack) dalam jangka masa lama. Selalunya lukisan minyak akan retak jika warna lapisan bawah tidak kering sementara lapisan atas sudah kering. Puncanya ialah lapisan bawah mengandungi banyak minyak linseed sementara lapisan atas cepat kering kerana terdedah kepada udara. Untuk mengelak ia terjadi demikian keadaan sebaliknya hendaklah dilakukan. Biarkan setiap lapisan warna kering dahulu sebelum disapu dengan lapisan baru. Untuk
mempercepatkan setiap lapisan kering gunakan kadar medium liseed yang
berbeza. Lapisan pertama gunakan terpentina 100% (tanpa linseed). Lapisan kedua tambah
sedikit minyak linseed dalam terpentina. Lapisan ke tiga tambahkan lagi
minyak linseed dalam terpentina. Adalah di nasihatkan bahawa lapisan
terakhir kandungan minyak linseed tidak melebihi 30% walaupun terdapat artis
menggunakannya sampai 50%. Cara saya: Bagi memudahkan kerja, saya sediakan medium yang siap dibancuh (campur) dan disimpan dalam botol yang berlainan. Apabila sampai masa saya mahu mengguna medium berkaitan saya cuma buka dan tuangkan dalam 'deeper'. Pada setiap botol saya lebelkan 5% linseed atau 15% linseed atau 30% linseed.
|
|
||