KELAB SENI
POTRET KOTA BHARU
Kota Bharu Portrait
Club
PENJELASAN MENGENAI
KELAB
Kelab ini ialah kelab untuk penggiat dan peminat seni potret
di Kota Bharu khasnya dan negeri Kelantan amnya.
Kelab ini menghadkan kepada tiga aktiviti sahaja iaitu seni lukis potret,
seni lukis figura dan seni fotografi potret /figura. Seni ukir/arca potret dan seni
ukir/arca figura tidak termasuk dalam aktiviti kelab ini atas sebab
persekitaran budaya masyarakat setempat.
OBJEKTIF PENUBUHAN
(1)
Menyatukan penggiat dan peminat seni potret khususnya di Kota Bharu*, Kelantan dalam
satu kumpulan bagi tujuan memberi peluang kepada setiap ahli mengenali antara
satu sama lain. Setiap ahli akan memperoleh manfaat mengikut tafsiran
masing-masing dari silaturrahim ini.
(2) Menjaga kebajikan ahli-ahli dalam
hal yang berkaitan dengan aktiviti penghasilan seni potret.
(3)
Menjadikan kelab ini sebagai flatfom
kepada ahli-ahli khususnya yang di tinggal di Kelantan untuk bergiat secara lebih
aktif
dan produktif melalui aktiviti berkumpulan seperti berdiskusi, berforum, berbengkel,
berkursus, berpameran, menyertai pertandingan,
menjual hasil karya dan sebagainya.
(4) Membantu ahli-ahli mendapat kemudahan-kemudahan dari pihak lain seperti kerajaan, NGO dan
sebagainya.
(5) Membantu ahli-ahli khususnya di Kelantan dalam
mendapatkan bekalan alat dan bahan yang berkaitan dengan seni potret.
(6) Membantu
ahli-ahli dalam mencari pasaran untuk hasil karya mereka.
(7) Menjadi badan
yang bersedia dari masa ke semasa mengesan, mencungkil, membimbing dan
menggilap bakat-bakat baru khususnya
anak-anak muda yang berbakat dalam penghasilan seni potret
untuk menjadi penggiat seni potret yang berkaliber sama ada sebagai penggiat amatur atau profesional.
*Lihat
syarat-sayat keahlian
SYARAT-SYARAT
DAN JENIS KEAHLIAN
(1)
Terbuka kepada semua penggiat seni potret kelahiran Kelantan atau bukan
kelahiran Kelantan samada profesional atau amatur.
(2) Semua ahli mesti berumur 18
tahun ke atas kecuali pelajar-pelajar sekolah (Lihat jenis ahli dalam
perkara (4) di bawah).
(3) Mempunyai bakat
dalam penghasilan seni potret yang perlu diperakui oleh panel yang dilantik oleh
kelab (Kecuali ahli gangsa - lihat jenis ahli dalam perkara (4) di bawah).
(4) Jenis-jenis ahli:
Ahli Platinum -
Ahli
aktif dengan penghasilan melebihi 12 karya setahun atau
kurang tetapi
pernah menjual hasil karyanya dengan harga melebihi RM750 atau ke atas seunit. Ahli ini layak
menjawat ahli jawatankuasa kelab. Ahli Jawatankuasa Penaja yang terpilih
menjadi Ahli Jawatankuasa Tetap kelab secara automatik layak memegang kad
Ahli Platinum walaupun tidak dapat memenuhi syarat-syarat tadi.
Ahli Emas - Ahli aktif dengan
penghasilan antara 6 - 12 karya dalam setahun atau kurang dari 6 karya
setahun tetapi pernah menjual karyanya
dengan harga antara RM250 - RM750 seunit. Ahli ini layak menjawat ahli
jawatankuasa kelab.
Ahli Perak - Ahli kurang aktif dengan
penghasilan kurang dari 6 karya setahun dan pernah menjual karyanya dengan
harga kurang dari RM250 seunit. Ahli
ini layak untuk menjawat ahli jawatankuasa kelab.
Ahli Suasa - Terdiri dari:
(a)
Ahli kurang aktif dengan penghasilan kurang dari 6 karya setahun dan tidak pernah
menjual hasil karyanya.
(b) Pelajar-pelajar sekolah dengan syarat perlu
mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga jika berumur kurang dari 18
tahun.
(c) Ahli bukan kelahiran Kelantan.
Catatan: Ahli-ahli ini
tidak layak menjawat ahli jawatankuasa kelab.
Ahli
Gangsa - Terbuka kepada bukan pengkarya seni potret yang terdiri dari kolektor
seni, pembekal alat-alat melukis, peniaga kedai fotografi, peniaga bingkai
gambar, pengkritik seni dan penulis seni. Ahli-ahli ini tidak layak menjawat ahli jawatankuasa kelab.
AKTIVITI-AKTIVITI
(1) Mengadakan perjumpaan sesama ahli untuk berdiskusi,
berbengkel, berforum dan sebagainya yang berkaitan dengan seni potret.
(2)
Menganjur kursus atau bengkel mengenai seni potret untuk ahli atau bukan ahli.
(3)
Mengadakan pameran seni potret untuk ahli-ahli dan bukan ahli.
(4) Menganjur
pertandingan karya seni potret untuk ahli-ahli dan bukan ahli.
(5)
Membekal alat-alat dan bahan untuk seni potret kepada ahli-ahli.
(6)
Menganjur lawatan-lawatan atau aktiviti melancung sambil
berkarya untuk ahli-ahli.
(7) Menerbit buletin
kelab yang berkait dengan seni potret secara berkala.