Artmyas Portrait

- Bimbingan -

| Home | Artist Bio | Portfolio | Other Works | Links | Guest Book |

This page is for Malaysians only

 

 

 

 (Under Construction!)

Perakuan Bakat Seni Lukis
Program ini merupakan program pengiktirafan kemahiran seseorang individu dalam seni lukis. Ia bertujuan memberi peluang kepada mana-mana individu yang berbakat dan berkebolehan tetapi tidak pernah atau berpeluang menghadiri mana-mana kelas, kursus atau bimbingan seni lukis secara formal. Bagi mereka yang tidak pernah menghadiri kelas atau kursus begini peluang untuk memiliki sijil tidak ada. Oleh itu program ini diharap dapat mengatasi masalah ini bagi mereka yang memerlukan. Program ini layak disertai oleh sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas. Bagi mereka yang berumur 17 tahun ke bawah perlu mendapat kebenaran dari penjaga atau ibubapa. Untuk menyertai program ini sila ikuti langkah berikut:

(1) Hantar 10 keping lukisan yang dilukis di atas kertas bersais A4 melalui pos atau emailkan imej-imej lukisan tersebut kepada kami. Lukisan-lukisan boleh dibuat dengan apa-apa medium yang mudah kering. Kami akan membuat penilaian dan jika sekiranya anda mencapai piawai yang kami tetapkan kami akan mengeluarkan sijil perakuan untuk anda.
(2) Kami akan memaklumkan kepada anda sekiranya anda layak menerima sijil dari pihak kami. Bagi mendapatkan sijil berkenaan anda dikenakan yuran dan kos penilaian sebanyak RM20.

Cakera Padat Modul Bimbingan Seni Lukis - Dalam proses pembinaan.